memang setiap kali lepas solat maghrib rutin ibu aku mengajar anak dia mengaji.kalau tak de ceramah or doa selamat kat surau tu.dia ajar lah adik aku izzati ni mengaji.macam aku dah lepas.so,selamat.fuhhhh...
abis solat aku keluar bilik tengok adik aku nie kena marah sebab dah lama tak mengaji so banyak benda yang dia lupa.memang kena marah teruk lah.nangis jugak lah adik aku tu.pesen ibu aku pulk bila marah.eh,seram lah.tak tahu nak describe macam mane lagi.aku yang elok nak back up adik aku.lantas melupakan hasrat.bila fikir balik.alahhh,adik aku ni kena baru sikit je.aku dulu lagi teruk.rase nak lari rumah lh.meh i story ok!
Dalam banyak2 adik beradik aku.akulah yang paling slow sikit bab mengaji.punyalah aku tak berkenaan nak mengaji.sampaikan aku penah cakap dalam hati.kenapa nak kena mengaji.hish!.biasalah bila buat benda yang kita tak suka.automatik benda yang kita buat jadi tak ikhlas the end gagal.aku pon mengaji lah.sekali kau buat salah tak pe.ibu maafkan tapi kalau kesalahan yang sama kau ulang.siaplah.aku selalu tak dapat bezakan huruf.bila salah.mak aku cucuk peha aku pakai lidi satay.sape suh tak ingat.punyalah otak udang!.lidi satay digunakan sebagai telunjuk.terusap2 jugk lah peha tu bagi hilang sakit.paling teruk kena bantai dengan hanger.sampai patah hanger tu.tak cukup satu dia capai lagi satu.mengelupur lah jugak aku masa tu.bebirat peha ni.tapi mengaji tetap diteruskan.abis baca aku terus balik bilik nangis.esoknye,mak aku buat satu nota.huruf fa dan qa.and dia tampal kat ruang tamu.supaya setiap kali aku lalu.aku akan ingat and hafal.semenjak dari tu aku terus ingat huruf tu.
bila aku dah katam Al quran aku rase yes! lepas ni aku dh tak payah ngaji dengan mak dah.kalau ngaji pon aku rela ngaji dengan jiran or ustaz dari mak aku sendiri.yela,mak aku garang kot.mase form 3 mak aku suh aku ngaji dengan sorang ustaz ni untuk belajar tajwid.bila dia dengar aku bace dia terkejut sikit sbs aku banyak salah dalam bacaan.bila tanye bila aku last bace Al quran aku jawab mase form1.then dia pesan kat aku.'janji dengan ustaz selepas maghrib jangan penah tinggal bace Al quran.boleh?.aku jawab 'ya'.pastu dia ajar aku.sebab dia lah aku hafal sume huruf tajwid n dia jugklh ustaz yg banyak bagi nasihat n paling aku sayang.pastu dia dh x mengajar dah.bila aku smbung belajar kolej.aku makin jauh dengan Al quran.tiba2 aku rase rindu dengan Al quran dan teringat janji aku dengan ustaz.aku mula mengaji n seperti biasa.aku banyak salah dalam bacaan aku sebab dah lama tak bace.ada satu hari tu housemate mintak aku suruh ajarkan dorg mengaji.first,aku takut sebab aku buknlah pandai sangt.tapi bila pikir balik.kalau bukan aku sape lagi yang nak ajar dorang.dan disebabkan dorang aku punya bacaan makin lancar.sebab aku akan study bacaan aku sebelum mengajar dorang.
sekarang aku tahu kenapa kena mengaji.dan mak.terima kasih sebab rotan ola.kalau bukan sebab mak ola mesti dah tak pandai mengaji.ramai orang kat luar sana tak pandai mengaji dan mintak di ajar.satu hadiah yang aku dapat dari dorang bila mengajar.keiklasan n kegembiraan dorang bila mengaji.kau sepatutnya bersyukur.ustaz,terima kasih untuk ilmu tu.satu pesanan dari mak aku.dia penah cakap.kalau dah kawin nanti bialah kita yang mengajar anak kita mengaji.jangan hantar kat orang.sebab dalam kubur nanti Allah akan dakwa kita.kenapa kau hantar anak kau mengaji dengan orang lain.kenapa bukan kau yang mengajar.mase tu kau nak jawab apa?
sementara usia masih muda nie.korang belajarlah mengaji ye.bila korang kenal Al quran korang tahu apa itu ketenangan.hey,korang tak terlambat lagi.jangan risau.belajarlah ok!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan