clik here to be cute!

Sabtu, 20 Ogos 2016

Hilangkan jerawat dengan daun sireh.Pasti berkesan! PART 2

Masa muncul idea nak buat bedak sejuk dengan air daun sireh tu dalam hati memang dah niat.

"Ini jelah harapan aku.kalau daun sireh ni dapat hilagkan jerawat Alhamdulillah bersyukur sangat.Kalau tak menjadi tak apalah.tawakal dan reda jelah.Ada rezeki nak sembuh adalah.Kalau takda bersyukur lah."

memang pasrah lagi menyerah lah masa tu.

Muka masa sem 1.Malu nak pakai card student sebab nampak jerawat merah-merah kat pipi kanan kiri.

Kiri,masa ni pakai cetaphil.Gambar kanan yang sekarang sejak pakai bedak sejuk dengan air daun sireh.


lepas apply bedak sejuk homemade sendiri selama 2 bulan dengan konsisten.NO pencuci muka,No cream,NO everything.Berpantang pakai product skincare time tu.just my homemade product.Perasan jugak.eh,kenapa jerawat dah lama tak datang? selalunya setiap pagi kalau bangun mesti muncul sebiji.Ni jerawat batu pun takda.Siap tak muncul dah.Masetu memang yakin ni semua mesti sebab bedak sejuk.

And now! im so happy.Tak payah pun bazirkan duit yang banyak untuk skincare product sebenarnya.Memang dapat jimat duit lah sekarang.Super saving sangat! 

Now nak ajar korang macam mane ola buat homemade produk ola ni.Jangan risau.daun sireh ni bahan organik bukan kimia so takkan efek kat muka kalau korang mencuba.

Bahan-bahan:

Daun sireh
Bedak sejuk

                                                 

Cuci daun sireh bersih-bersih


Rebus daun sireh dengan air.ikut korang nak air banyak mana.biarkan sampai air mendidih.Then biarkan sejuk.ambil airnya.air rebusan daun sireh yang lebih tu korang boleh simpan dalam peti sejuk.Terserah korang nak buat apa.nak minum pun elok untuk hilangkan keputihan.selain itu boleh cuci miss V.

Ini bedak sejuk.campurkan dengan air daun sireh tu.

Campuran rebusan air daun sireh dengan bedak sejuk.Ola buat macam ni je.senang.bancuh siap-siap.Malam tinggal tepek kat muka.yeah tunggu malam ye.pakai siang-siang kang terkojot laki ekau nanti tengok kau buang tebiat ke apa.

last sekali..Tunggu result dalam masa sebulan.huhu.

BONUS!


Kalau korang ada masalah keputihan.korang boleh ambil air rebusan daun sireh tu.simpan dalam botol spray.Macam dalam gambar.lepas mandi korang spray kat tempat miss V.Selain itu,korang boleh spray kat muka sebelum tidur kalau korang rasa malas nak tepek bedak sejuk.




HASTA LA VISTA BEBEH!

Rabu, 17 Ogos 2016

Hilangkan jerawat dengan daun sireh.Pasti berkesan!

ASSALAMUALAIKUM..



Ola antara manusia yang jenis muka berjerawat plus ola ada keturunan jenis family muka berjerawat.bukan jerawat yang biasa je,Ni pakej jerawat biasa dengan jerawat batu sekali.jenis datang tiap-tiap bulan.stress tu jangan cakap lah.memanglah stress kan bila muka dah berjerawat.kalau jerawat batu nak datang.Seharian kat tempat dia nak muncul jerawat tu akan berdenyut-denyut.Rasa nak nangis tau seharian rasa sakit berdenyut tu.Itu tanda jerawat batu nak muncul lah.esok paginya haaaaa! sebijik jerawat batu kat dagu.kemain megah lagi dia duduk kat dagu.adoaiiii.

Kadang-kadang tu rasa give up dah nak jaga muka ni.skincare? jangan cakap lah.dah macam-macam produk pakai.doesn't work! pun.duit pun dah banyak abis.First pakai safi balqis anti jerawat tu dengan kream siang dan malam.tak berhasil jugak.Second pakai Dnars.Lagi tiada perubahan.kawan tegur muka makin teruk adalah.So ola stop pakai.Third,ibu belikan Rosehip oil.sama jugak jerawat batu makin rancak nak tumbuh.mungkin sebab berminyak kot.pastu cubalah pakai cetaphil.adalah kurang sikit jerawat tu datang tapi still jerawat batu datang jugak.tapi ola teruskan saja pakai cetaphil tu.And yeah! ola ada try jugak vitamin c dengan ekstra biji anggur from shaklee tu.makan tiap hari plus siap buat mask lagi uolls.Ada jugak kurang tapi tak memberangsangkan.Apalagi kau nak! cuba pakai soda bikarbonat,madu,serbuk kayu manis.semua dah cuba.And daaa..macam biasa jerawat batu.

Habis je belajar ola dah tak pakai cetaphil sebab takda duit nak beli.ialah cetaphil RM 40 sebotol kot.tak kerja pulak masatu.jenuh fikir manelah nak cekau duit.Then pergi rumah sedara.ternampak daiun sireh kat belakang rumah dia.ada banyakk.Otak start terfikir.daun sireh ni popular dengan kelebihan dia anti bakteria,elok untuk keputihan dan cuci bahagian miss V.why not kalau ola cuba kat muka pulak kan lagipun ianya organik kalau doesn't work pun takda efek apa-apa kat muka.Apalagi tanpa teragak-agak mintak izin  sedara ambil daun sireh dia.petik,esok bagi terus rebus sampai mendidih.ambil air dia campurkan dengan bedak sejuk pakai tiap malam.Nak tahu apa yang jadi lepas dua bulan.jeng..jeng..jeng..

TO BE CONTINUED...

Nah bunga! hehe